WElcome to my OFFICIAL Blog..Read The Entri..Comment and don't forget to click like!Hackers,Copycats Are not allowed here..Thanxx For viewing!
Photobucket

Dear Follower..

Saturday, November 27, 2010

Kepandaian yg berBeza~



Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.
Di tengah perjalanan, profesor bertanya ;

Profesor :: kamu pandai menulis dan membaca?
Pendayung :: tidak tuan, saya buta huruf,
jawab si pendayung....
Profesor :: oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.

sampan terus bergerak meredah sungai yang luas itu. sejurus kemudian, profesor bertanya lagi.

Profesor :: kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?
Pendayung :: tidak tuan, pendapatan saya hanya cukup - cukup makan sahaja .
Profesor :: kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.

Sampan terus bergerak. tiba - tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. air mula memasuki sampan.
mereka berdua bergegas mengambil apa jua bekas untu mencedok air keluar dari sampan. namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. ternyata sampan itu akan tenggelam!

dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor .

Pendayung :: Tuan , tuan pandai berenang ?
Profesor :: Er, er, saya tidak tahu berenang!
Pendayung :: ' KALAU BEGITU, TUAN AKAN KEHILANGAN SELURUH HIDUP TUAN! '

~ PENGAJARAN !!!~

  • Allah tidak jadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai ''kepandaian" yang berlainan. masing - masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tidak ada manusia yang bodoh di dunia ini, yang ada hanya manusia dengan kepandaian yang berbeza.......

P/S ;-     so, jangan lah sesuka hati mw hina - hina orang , sedangkan diri kita sendiri pun tak sempurna mana pun . Semua manusia sama ja . Hamba Allah .... hanya Allah yang berhak menentukan sesuatu . so, renung - renungkanlah .....
 n, selamat beramal ... (^_^)


Remember No oNe Iz perferct Okay!





Penulis:


♡♡Comment And Like!♡♡

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...